Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,587
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 3

SELESAI mandi. Saiful menapak keluar dari bilik mandi dengan rasa puas hati. Segar sungguh rasa badan. Kalau di Malaysia, cuaca panas mandi sejuk. Kini, cuaca sejuk mandi suam. Heaven sungguh. Tuala menutup kepala sementara tangan mengelap rambut pendeknya.

“Ohcot.” Suara Ayen.

Saiful berhenti melangkah. Pandangan pada lantai beralih pada kaki kecil itu dan naik terus ke wajah yang memakai tudung yang sangat ringkas. Pipi kanan berparut itu menjadi perhatian kerana ketara sekali dek tudung yang dipakainya.

“Berjalan tengok jalan la brader.” Si bibir mungil bergerak dan menghasilkan suara kecil.

Saiful mendiam saja, lalu tuala dialihkan dari rambut pendeknya. Rambut yang lembap sekadar dimainkan dengan tangan sementara kepala dipalingkan pintu bilik yang terbuka di sebelahnya. Oh, bilik dia ni rupanya. Alang-alang ada peluang, apa salahnya tengok bilik anak dara…. Leher cuba dijengukkan ke dalam, dan ketika itu juga Ayen menarik deras daun pintu. Hampir saja hidung mancungnya bertembung dengan papan yang keras.

“Uish… you’re so rough, lady.” Ayen dipandang. Tak sampai sesaat mata hitam itu direnung, terus Ayen melarikan diri. Saiful mengerut dahi, memandang belakang tubuh kecil itu melangkah ke meja makan. Isteri Adli sedang menyediakan makan malam di sana, manakala tuan rumah itu pula sedang membuat kerja di ruang tamu dengan pelbagai jenis kertas, buku-buku dan laptop. Baru teringat lelaki itu pernah memberitahu dia seorang pelajar master di dalam subjek pengurusan.

Working hard?” sapanya, duduk di sofa sebelah.

Adli menolak kaca mata ke pangkal hidung. “Call it call of duty.”

Senyum. Rambut dilap lagi buat kali terakhir sebelum tuala dipindahkan ke lengan sofa. “I’m going back to Malaya.

“Huh?” Lelaki itu menoleh dengan mata membulat. Ayen dan Fariha di meja makan turut menoleh. “Bila?”

“Dalam masa terdekat, lah.” Rambut lembap dikacau lagi sepuasnya. Mata bundar tuan rumah itu ditentang bersama senyum. “My mission kat sini dah selesai. Aku dah takde purpose nak terus duduk di London.”

What mission is that?” Adli bertanya, separa serius. Saiful menjungkit bahu, off-handed. Tak terasa wajib nak menjawab.

“Dia cari abangnya.” Ayen menyampuk dari lubang pada dinding penghubung dapur dan ruang tamu itu. Saiful menjeling, manakala Adli menoleh. “Syafik Fadhil namanya.”

Saiful menoleh ke belakang dengan mata bulat. “Kau tak reti simpan rahsia, eh??”

“Aku tak ingat kau ada suruh simpaaaaan…” Sengih tak bersalah. Wajah siap dikalihkan ke gambar pengantin Fariha dan Adli di dinding dengan memek muka yang dibuat-buat. Lelaki bermata biru itu mendesis dibuatnya. Geram.

Adli pula memerhati keduanya. “Syafik as inthe pianist?”

“Huh?” Ayen dan Saiful serentak menoleh.

“Aku kenal sorang je Syafik Fadhil. Bila difikir-fikirkan, memang dia ada iras kau, Saiful. Lightning blue eyes and very fluent in malay.”

Lelaki pan-asian itu terkedu, lekas Adli dirapati. Kolar roundneck pemuda berkaca mata itu dicengkam kuat. “Kau jumpa dia kat mana?!”

Senyap seketika. Adli merenung wajah merah itu. Tegang sekali. Tenungan mata yang tajam menunjukkan betapa dia serius dengan soalannya. Keluh dilepaskan dari hidung. “Dia menginap di hostel Queen Mary University. Dia pakai music room kat sana untuk praktis.”

“Praktis?” Ayen menyampuk di belakang. “Praktis untuk… pertandingan piano?” Teringat poster yang dilihat di kedai tadi. Poster itu masih tidak hilang dari kepala kerana niatnya nak melihat pertandingan akhir itu nanti.

Saiful menoleh lagi ke belakang, pada si tudung stoking hitam. Turut teringat. Adli pula mengangguk pada Saiful yang tidak memandangnya. “Final piano competition di Wilton’s Music Hall. Tidak jauh dari sini. And to be frank, aku tak pernah sangka korang dua rupanya beradik.”

Si pan-asian terkebil seketika. Ketawa perlahan dilepaskan pendek. Panjang. Kuat… dan mendadak ke langit! Kepala turut terdongak ke siling, melepaskan rasa geli hati dan kepuasan diri yang merasuk dirinya sekarang. Dia cuma nak ketawa… dia cuma nak ketawa!!

Adli merenung hairan. Ayen di belakang pula menggeleng kecil.

“Giler.” Tubuh dikalihkan.

Lady.” Saiful memanggil, membuatkan Ayen berhenti berpusing. Mata biru cerah yang tersenyum padanya itu ditentang. “Jom date lagi.”

In your dream.” Mata dijuling ke langit. Cukup laju menjawab tanpa sebarang ragu-ragu pada kata-kata.

“Wha… kenapa…” Saiful bangkit dari sofa dan beralih ke dapur. Adli turut mengekori. Dah sampai masa untuk makan.

Ayen mencemik, menarik kerusi dan duduk di situ. “Aku dah ajak tadi tapi kau taknak. Kenapa aku nak terima bila kau yang ajak pula.”

“Alah, tak payahlah nak jual mahal. Kau memang nak pergi dari awal lagi kan, lady…” Tempat duduk di sebelah Ayen diduduki. Gadis itu mendesis, lalu menoleh dengan mata dicerlangkan.

“Taknak.”

Saiful mendesis. “Stink-brain.”

Thank you. And that added the extra bonus reasons of why I won’t date you anymore.”

Fine. I’ll just find another woman with better delicacy.”

“Dabudabudabudabudabuh…”

Menoleh lelaki itu dibuatnya, melihat bibir bawah yang dijuihkan panjang. “You act like a child…”

“Dabudabudaah…”

Sengih geram. “Memang menyakitkan hati…”

Adli dan Fariha hanya memerhati.


“FAFA… jomlah…. Manalah tau kat sana nanti kita boleh jumpa Gershiwn…”

“Gershwin adik kau. Orang tu dah meninggal lama dah.”

“Legasi dia then. Alaaa… Fa… jomlah teman aku…. Bukannya selalu dapat peluang tengok performance live gini. Aku belanja. Nak?”

“Yen… daripada kau bazir duit beli tiket tu siap nak belanja aku, kan lebih baik kau beli tiket pulang ke rumah kau. Kau dah habis study, kan?”

“Tiket balik anytime boleh dibeli, tapi peluang begini bila lagi nak datang…”

“Kau punya priority mixed up, Yen! Mak ayah kau kat kampung dah tunggu lama dah kau pulang. Adik kau tu lagi…”

Bibir dimuncungkan. “Dah aku takda duit, macammana nak balik cepat.”

“Nah. Kan lagi elok kau simpan duit daripada membazir pergi enjoy?”

“Tapi peluang ni jarang nak dapat, Faaaa…!!”

“Eeeii! Nak aje aku call Pali suruh dia bebelkan kau!”

“Pali who?” Saiful menyampuk. Fariha dan Ayen menoleh terperanjat. Lelaki tinggi itu melangkah ke peti sejuk dengan selamba. Epal dicapai dan minuman sejuk dituang ke dalam cawan. Dua wanita bertudung itu dipandang semula. “Proceed…”

Ayen mendengus perlahan. Pedulikan si mamat asing, Fariha dipandang lagi. “Fa… kasihanilah aku…. Ni la antara impian aku selama ni selain nak tengok Miami Heat perform. Aku dah kat tanah yang kaya dengan sejarah muzik dah. Jimmy Page pun ada kat sini.” Saiful menjeling. “Apa salahnya kau tolong kawan baik kau ni tunaikan impian dia…”

Fariha mendengus, lalu berpeluk tubuh. “Duit kau tu… selain nak beli tiket untuk ke live performance tu, kau nak beli tiket nak tengok NBA plays off jugak?”

Senyap seketika, lalu pipi kanan digaru. “Well… alang-alang ada peluang.”

“Peluang boleh dicipta kalau kau ada duit nanti. Tapi buat masa sekarang, bukan ke lebih penting untuk kau pulang ke rumah dan cari kerja dan berbakti dengan mak ayah kau dengan adik kau yang sakit tu?”

Ayen memuncung, berpeluk tubuh. “Apa dia sebab sebenar yang kau against sangat taknak teman aku tengok orang main piano ni? Deli tak bagi?”

Diam.

Ayen mengeluh perlahan. “That restriction as a wife… huh? Fine. Aku pergi tengok sendiri.” Dia bangkit dari kerusi.

“Oh… daripada kau tengok sendiri, apa kata tengok dengan aku…” Saiful cuba menyampuk.

Shut up, outsider.”

“Auch.”

Fariha mengeluh. “Yen. Kau takkan berani pergi sendiri.”

“Aku kat Melbourne alone, dan aku travel ke sini alone. Mind that. Aku tak gullible macam yang kau fikir.” Datar. Pintu dibuka dan dia keluar.

Dan senyap.

Saiful terus mengunyah epal di tangan. Selamba. Fariha pula mengeluh perlahan, terduduk di kerusi. Wajah diraup dengan kedua belah tangan.

“Apa dia yang seronok sangat tengok orang main piano berbanding balik rumah, ne’way?” soalnya pada tekupan tangan.

Saiful melonjakkan diri, duduk di atas pantri. “She did say its one of her dream.”

Fariha terperanjat, lalu menjeling. Si mata biru itu direnung sekilas sebelum keluhnya dihempas perlahan. “Sorry sebab dengar semua tu.”

Nay, its okay. Happens all the time. Lagi-lagi jenis yang tak reti nak sort out priority gitu.”

Fariha tergelak perlahan. “Saya tak rasa dia dah beli tiket nak balik Malaysia… tapi masih ada hati nak tengok benda yang tak perlu. Kenapa nak sangat buang duit kat benda yang macam tu?” Dia tak faham!

Lady…” Saiful bersuara rendah. Fariha menoleh. “Apa yang tak penting bagi awak ialah sesuatu yang penting bagi dia. Saya rasa its unfair kalau awak nak judge ketidakpentingan piano competition tu in your own perspective, sebab yang bersungguh nak tengok pertandingan tu ialah dia. You like it or not, I think she’s gutsy enough to pull things on her own. She has the strength to be alone.”

Fariha mengerut dahi, lalu menoleh. “Awak bercakap macam awak tau sangat je pasal Ayen.”

Bahu dijungkit off-handed. “Just happen to mingle with that kind of boar-headed personality a lot. Like, a lot.” Mata dicerlangkan.

Wanita bertudung itu tersenyum nipis, lalu bersandar kembali. Saiful terus mengunyah epalnya.

“Saiful…”

“Em?”

“Awak rasa, apa patut saya buat?”

Just let her be.”

“Hm?” Fariha menoleh.

That kind of stubbornness, dia takkan berhenti selagi dia tak dapat apa yang dia nak.”

“Tapi saya pun nakkan apa yang saya nak, ditunaikan.”

Your wish… apa dia?”

“Saya nak dia balik ke Malaysia.” Fariha menoleh. Saiful merenung riak kusut itu. “Dia dah tinggalkan kampung cukup lama… yet masih nak lepak-lepak huhahuha kat sini. Family dia… bukannya kaya nak terus supply duit untuk dia hidup di sini. Saya nak dia balik dan berbakti dengan keluarga dia…. Cari kerja dan kumpul duit. Lepas ada duit, bolehlah dia nak tengok piano ke, mana-mana orchestra ke, atau beli jersi Miami Heat original pun…”

Kening dijungkit tinggi. “Oh. Tu semua impian dia?”

“Em.”

I see…” Lantai direnung. “That family or hers… berapa family member?”

Fariha menoleh lagi. Sedikit pelik dengan soalan yang mula bersifat personal namun dia menjawab jua. “Empat termasuk dia.”

“Ooh… ayah, mak dan adik? Adik perempuan ke lelaki?”

“Perempuan. Down syndrome.”

Sekali lagi kening tebal Saiful terangkat. “Okey…. That’s interesting.” Tangkai epal dibuang ke tong sampah dan cawan kotor dibasuh di singki. “You know, lady. Saya pun nak pergi tengok final piano competition tu jugak. Tapi that friend of yours betul-betul refuse nak keluar dengan saya. Apa kata awak tolong saya date dengan dia.”

“Oho… lepas tu?”

Saiful menoleh bersama senyum. “Saya akan bawa dia balik Malaysia bersama saya. Saya sponsor.”

Fariha mengerut dahi. “Awak sponsor? Mana boleh saya bebankan awak…”

Lady…” Jejaka kacak itu merapat bersama senyum 1000 Voltan. “Believe it or not, I’m a rich guy. A mere plane ticket is not a big deal. Saya memang perlukan perempuan untuk tolong saya habiskan duit.”

Fariha mengerut dahi. Mata biru kilat itu ditentang. Cantik matanya, dan gila kacak orangnya. Nampak macam orang pandai, dan kaya juga? Solatnya mungkin terjaga kerana lelaki ini yang mengajak si suami ke Masjid London Central bila nak solat Jumaat. Asset yang menghampiri sempurnanya seorang lelaki dan tinggi saham! Mujur dah ada Adli, kalau tak, cair jugak rasanya bila berdua dengan mamat ni di rumahnya ini. Masalahnya, Saiful boleh dipercayaikah?

Tangan dilipat berpeluk tubuh. “Erm… bawak Ayen balik rumah sebelum dinner, then saya ikut plan awak.”

“Hehheh. Hal kecik.” Sengihnya, lalu berkalih. Nak pergi. “By the way, that iron name of hershow do you spell it?”

Fariha mengerut dahi. Masih tidak tahu nama Ayen? “A.Y.E.N. Aaaaayeeen…”

“Ay-yern… yerningironingiron. Dia gelakkan nama saya kuno tapi dia sendiri melayukan iron as a name. Iron, tin, Fe, Sn.” Pinggang dicekak. “Maybe I should act like oxygen to oxidise that iron and became iron oxide. Rapuh berkarat! Hahhaha!”

Fariha hanya tersenyum nipis, tidak memahami lawak si lelaki. Bila Saiful keluar dari rumah setelah memasang kot tebal pada tubuh, dia beralih ke peti sejuk. Nak memasak.


LANGIT gelap. Ayen bersin kerana kesejukan. Urgh… jarang dia keluar rumah dalam tempoh yang lama. Lagi-lagi dengan suhu sejuk begini. Berapa darjah turun malam ni agaknya? Udara dilepaskan dari mulut, lalu tangan disilangkan bagi mengosok kedua belah lengannya. Kaki yang bersalut boot di paras betis mula melangkah, melalui jalan yang agak kosong tanpa orang. Cahaya yang menerangi pandangan pula wujud dari langit dan lampu jalan.

Jarang benar dia bergaduh dengan Fariha. Sangat jarang. Perkenalannya dengan wanita itu mungkin tidak bermula sejak zaman pampers, dan hubungan beradik angkat juga mati apabila Fariha dihantar semula ke rumah anak yatim kerana keluarganya tidak mampu menampung pembelajaan anak angkat itu. Tetapi, hubungan persahabatan ultra baik yang wujud antara mereka terasa macam mengulang kembali hubungan kekeluargaan yang sekejap itu.

Terus terang, selepas habis pengajiannya di University of Melbourne dalam pengajian geology, dia bergegas ke sini kerana nak melawat Fariha. Kerana nak melihat kehidupannya macammana. Kerana hendak memastikan Fariha bahagia di sisi Adli. Kerana hendak memastikan Fariha dah betul-betul terlepas dari konflik yang dicipta manusia yang mementingkan diri. Dia mahu Fariha betul-betul berbahagia… dan pada masa yang sama, dia boleh mengelak dari balik ke kampong dan dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali atas alasan duit.

Ya. Selain alasannya nak melawat Fariha dan melawat London, dia cuma nak melengahkan usaha penyatuan jodoh yang ditetapkan untuknya.

Senyum terukir di bawah sedar. “Corny little story…” komennya pada kisah sendiri. Belajar jauh-jauh, meninggalkan kampung pedalaman, mengenali kehidupan bandar, mengenali kehidupan luar Malaysia, dan patah balik untuk dijadikan isteri orang dan duduk di dapur sebab kena layan suami yang susah payah bekerja untuk menampung si isteri dan keluarga isteri. Sedih tak sedih.

Iron lady!!” Suara itu menjerit kuat.

Ayen terperanjat. Mendadak kembali ke realiti bila lamunan hancur berderai. Wajah dipalingkan ke kiri dan kanan, mencari arah suara keras itu. Itu di sana. Ternampak si tubuh tinggi itu memecut berlari di tengah jalan.

Lady!! Belakang! Belakang!!”

Berkerut dahinya, seraya menoleh. Membulat mata Ayen bila melihat seorang lelaki barat berada di belakangnya dalam keadaan berdiri terhuyung hayang. Mabuk… dan busuk arak. Mata hijau terang yang merenung ke wajahnya kelihatan bersinar dengan kilauan membunuh. Senyuman lebar yang turut terlukis mewujudkan riak psychopath pada lelaki barat yang tidak dikenali itu. Debar kencang mula merasuk jantung Ayen. Bahaya dikesan.

Soft…” Suara garau itu kedengaran tenggelam di rengkung. Ayen terundur setapak dua, melihat wajah dan figura lelaki barat itu. Tinggi, besar orangnya dan berambut perang. Tanktop longgar menutup tubuh berlemak, dan senyum yang meniti di bibir itu cukup untuk menipiskan keberanian Ayen yang dah sedia nipis macam kulit bawang.

Kilau yang tajam tiba-tiba menampakkan diri di sebalik tangan yang berbulu lebat itu. Ayen terkejut. Takut dan gerun serta merta memakan diri, lantas mematikan tenaga pada kaki dari melarikan diri. Dia mahu lari… dia mahu lari!! Tetapi kaki yang menggeletar hebat memaku terus telapak kasut ke jalan.

Soft meat!!” Pisau poket dilayangkan laju. Serentak, Ayen menjerit lantang.

“Idi – ” Tidak habis disebut, tubuh kurus itu ditolak deras hingga terhentak ke dinding apartment berteres itu. Suara mengaduh Ayen diabaikan sepenuhnya saat lengannya menerima tusukan pisau, terus ke daging dan tulang. Selajur, Saiful menendang lelaki barat yang besar saiznya itu hingga terjatuh ke jalan.

Ayen yang merengek kesakitan di tepi bangunan didapatkan. “Run, lady!”

“Eeehhh…. Aaaahhh!!!” Meraung lagi dia bila melihat penyerang itu bangun semula. Saiful menoleh deras ke belakang.

Damn! If you have enough energy to scream like shit, pull up your leg and run!!” jerkahnya lantang, seraya menarik kasar lengan itu sebelum ditarik kuat.

Ayen sempat mengaduh kerana impak tarikan Saiful. Kaki terpaksa berlari apabila tangannya ditarik-tarik insan yang berlari laju di hadapan. Akal masih terkejut dan keliru. Belakang tubuh bidang itu dipandang sebelum dia menoleh ke belakang. Penyerang itu mengejar mereka!! Darah Ayen berderau turun dari muka.

“Toloooooongg…!!!” Sekuat hati jeritan itu dilepaskan, seperti tidak akan menjerit lagi untuk hari esok.
Previous: Dour 2
Next: Dour 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.